Jodoh yg ditentukan oleh ALLAH SWT adalah yang terbaik untuk kita. Ingat kita kepada sesorang itu bukan sekadar rindu kerana ia juga bertujuan ingin menginganti. Supaya kita tidak terus hidup dalam kepura-puraan dan menafikan kebenaran. Kata maaf dari kita kadang-kala bukan kerana kita bersalah, tapi kerana lebih menghargai sesuatu perhubungan itu. Tiada manusia yg sempurna. Setiap...
khalifah di muka bumi ini tidak terkecuali dari melakukan kesilapan. "maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), ALLAH memalingkan hati mereka dan ALLAH tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq" [ash-Shaff : 5]
Jangan terlalu cepat menghukum dan menunding dari menyalahkan orang lain seperti kita tidak pernah melakukan dosa. Kita sering bersangka buruk terhadap orang lain dengan mempercayai khabar angin (fitnah) dan tanpa bukti yang sohih. Ingatlah kebenaran tidak perlu dibuktikan kerana ia pasti terbukti sendiri bila sampai waktunya.
"jika semua mahu berdegil, maka tunggulah kiamat dan kita semuanya akan mati tidak kira apa jenis fahaman kita, sama ada yang berpihak kepeda kebenaran atau kebatilan. Sekiranya semua berdegil maka tunggulah Allah menjadi hakim pada hari kiamat dan sesungguhnya keputusan Allah adalah keputusan yang muktamad pada apa-apa yang mereka perselisihkan" [Al-Baqarah : 113]
Agama mengajar kita untuk mencegah kemungkaran, menasihati sesama kita supaya mentaati kebenaran, bukan bermusuh-musuhan, menghukum seseorang itu dari kesilapan yang lampau. Sedarlah dugaan & ujian dari ALLAH SWT hanya sekadar peringantan supaya kita tidak terus hanyut dengan kehidupan di muka bumi ini, supaya kita mengambil manfaat darinya. Terbitkan rasa syukur dihatimu atas dugaan itu, pasti kita bertemu dengan kebenaraan disebalik musibah yang melanda. "boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu & boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui (kebenaran) sedang kamu tidak mengetahui" [Al-Baqarah : 216].
Doaku sentiasa bersamamu....
BarakALLAH Hu Fikum....

No comments:
Post a Comment